Sejarah Tadika

Sejarah Tadika Islam Al Husna


...salah satu foto pada awal TADIKA ISLAM AL-HUSNA
BANGI, KAJANG, SELANGOR

Pengasas Tadika Islam
Al Husna, USTAZ MOHAMAD JAMIL
BIN YEOP MAJLIS

TADIKA ISLAM AL-HUSNA telah ditubuhkan pada tahun 1993dengan sesi pertama diambil pada bulan DISEMBER 1993. Penggerak utama penubuhannya ialah USTAZ MOHAMAD JAMIL BIN YEOP MAJLIS seorang pendakwah dan aktivis masyarakat. Kumpulan PERTAMA diambil seramai 24 orang pelajar dan 2 orang guru lepasan IJAZAH dari UNIVERSITI MALAYA dan seorang pembantu tadika. Bangunannya mengandungi 2 bilik ketika itu, adalah hasil sumbangan orang ramai yang keseluruhannya menelan belanjaRM10,000. Ia dibina di atas tanah SURAU AL IBTIDAIYAHdengan operasinya di bawah aktiviti surau dan USTAZ MOHAMAD JAMIL BIN YEOP MAJLIS sebagai pentadbir utama.


Pada tahun 2002 USTAZ MOHAMAD JAMIL telah menumpukan aktivitinya dalam perniagaan dan terpaksa meninggalkan pengurusan tadika kepada HAJI SUKAIMI BIN RASMI bagi meneruskan usaha membangunkan masyarakat khususnya kanak-kanak tadika. Dengan pengurusan yang baru dan hasrat yang sangat besar TADIKA ISLAM AL-HUSNA terus berkembang dan berubah wajah. Atas sokongan padu pentadbir baru telah memperbaiki sistem pendidikan dan prasarananya. Kini tadika memiliki bangunan yang serba lengkap;


  • DUA BUAH BILIK PENGAJARAN YANG LENGKAP DENGAN KERUSI DAN MEJA BELAJAR.
  • DEWAN MAKAN YANG DILENGKAPI DENGAN KERUSI DAN MEJA MAKAN.
  • PEJABAT PENGURUSAN YANG DILENGKAPI DENGAN KOMPUTER.
  • DAPUR SAJIAN YANG DILENGKAPI DENGAN PERALATAN MEMASAK DAN PETI SEJUK.
  • STOR UNTUK PENYIMPANAN BAHAN MENGAJAR DAN BAHAN STOK.
  • DUA BUAH PONDOK PERMAINAN KANAK-KANAK.
  • TELEVISYEN BERSAIZ BESAR DI DEWAN MAKAN.
  • ALAT PEMAIN VIDEO CAKERA UNTUK TAYANGAN BAHAN PENDIDIKAN.
  • ALAT OHP UNTUK BANTUAN MENGAJAR.
  • KAUNTER URUSAN UNTUK KEMUDAHAN IBU BAPA BERURUSAN.


Sistem pengajarannya juga berubah kepada penggunaan buku kerja yang direka bentuk oleh pengurusan tadika sendiri berpandukan kepada buku semasa. Ini memberikan kesan yang baik kerana dapat meningkatkan penguasaan kanak-kanak dalam penulisan dan pembacaan.
Hari ini pelajar TADIKA ISLAM AL-HUSNA yang meliputi kanak-kanak berusia 5 dan 6 tahun melebihi 50 orang. Lebih 400 orang pelajar telah mengikuti sesi pendidikan sejak ditubuhkan. para pelajar kumpulan pertama hari ini telah berada di kolej-kolej matrikulasi bagi persediaan untuk masuk ke universiti